Sunday, January 16, 2011

Setem Hasil.

Hari ni sibuk mengisi borang untuk bayaran balik ptptn secara ujrah. Dalam dokumen ni perlu dilekatkan dengan setem hasil. Setem Hasil? Apa tu setem hasil? Untuk apa perlu ada setem hasil? kalau tak ada tak apa ker?

Kalu nk tahu jawapan nya :-

1. Setem hasil ni rupa dia macam kt bawah ni la. For those yang first tyme tengok cam sya ni... inilah rupanya setem hasil.


2. Macam mana nak dapat kan setem hasil ni senang. Pergi ke post office "En, saya nak beli Setem hasil RM10". Hahaha Dia pun akan bagi la berapa yang kita nak.

3. Kenapa perlu setem hasil ?
Memula saya pun tak tahu kenapa perlunya setem hasil ni. Then, baru saya tahu, setem hasil ni perlu untuk buat document/ perjanjian tu sebagai perjanjian rasmi.  Kira nanti berlaku perlanggaran syarat document/ perjanjian ni boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk dakwa kita kat mahkamah. Erk...  cam cuak pulak nak g anta kt LHDN..

4.  Macam mana nak matikan setem hasil?
Kelakarnya bunyi bila kita sebut matikan setem kan? Bukan setem tu ada nyawa pun kita nak mati kan dia. Lol... Matikan setem or stamping boleh dibuat di pejabat LHDN. Ha yang ni aku belum buat lagi... dengar cerita kene caj untuk stamping. Tapi tak tahu lagi berapa ringgit... akan di update selepas sya pergi stamping document perjanjian ni. ok? :)


ok... now kene pegi cari LHDN office tuk wat stamping. =D

sayonara.

No comments:

Post a Comment